Amanah Saham Bumiputera :
Hanya dibuka untuk pelabur Bumiputera sahaja
Risiko pelaburan tetap ada tetapi pelaburan ini dilindungi/dijamin oleh kerajaan
Harga unit sahamnya adalah tetap iaitu Seunit = RM1. Jadi harga belian dan jualan adalah tetap dan tidak berubah. Para pelabur tidak perlu risau akan masa (timing) yang sesuai untuk menjual (mengeluarkan) unit-unit yang telah dilaburkan;
Berdasarkan prestasi pada tahun-tahun lepas. Kadar pulangan (return) adalah sekitar 6-7% untuk dividen manakala bonus pula adalah sekitar 1-2% setahun
Tiada sebarang kos yang dikenakan terhadap pelabur seperti yuran pengurusan (management fee) dan yuran tahunan (annual fee)
Unit Amanah Swasta (Unit Trust):
Terbuka kepada pelabur bumiputera dan bukan bumiputera.
Mempunyai profail risiko yang tersendiri (profail yang berbeza-beza) bergantung kepada status dana-dana tersebut. Dana-dana tersebut terdiri daripada dana agresif, dana seimbang dan dana konservatif.
Harga seunit unit amanah berubah-ubah dari semasa ke semasa. Contohnya untuk hari ini harga jualan seunit adalah RM0.25 seunit dan mungkin keesokkan harinya RM0.28 seunit. Pelabur harus bijak dan peka dengan harga pasaran semasa sebelum membuat pembelian atau penjualan unit amanah. Beli unit amanah pada harga yang rendah dan jual pada harga yang tinggi untuk memaksimumkan keuntungan. ( For me, it’s not when to buy but when to sell it. Everyday is a good day to buy... Market moves in cycle..).
Berdasarkan prestasi pada tahun-tahun lepas, kadar pulangan bagi Unit Amanah adalah sekitar >12% ke atas. Pulangan adalah dalam bentuk Dividen/Distribution, Peningkatan modal/Capital gain, dan juga bonus.
Terdapat yuran pengurusan (management fee) yang dikenakan terhadap pelabur. Sebagai contoh, untuk pelabur yang melabur di Public Mutual mereka akan dikenakan yuran pengurusan sebanyak 5.5% untuk pelaburan tunai atau 3% untuk skim epf dan yuran tahunan (annual fee) sekitar 1.5%.
Sebagai pelabur, kita harus tahu bahawa setiap pelaburan unit amanah pasti mempunyai risiko. Berbanding dengan ASB, risiko tetap ada tetapi dikawal oleh kerajaan dan disebabkan itu jugalah pulangan yang diperolehi oleh para pelabur tidaklah setinggi Unit Amanah yang mempunyai profil risiko yang tersendiri. Semakin tinggi jumlah pulangan yang bakal diperolehi maka semakin tinggi jugalah profail risiko dana tersebut.
Apa yang pasti ASB sangat baik sebagai tabung kecemasan apabila kita memerlukan wang dengan cepat. Manakala Unit Amanah pula sesuai untuk mencapai objektif pelaburan jangkamasa sederhana atau panjang. Seharusnya, seorang pelabur yang bijak harus mengambil tahu tentang profail dana, prestasi, dan risiko sebelum membuat pelaburan. Pilihan di tangan anda.